Thursday, September 25, 2008

Berbuka bersama Ketua Menteri di Masjid Terapung Tanjung Bunga.

Khamis 25 September 2008-YAB TUAN LIM GUAN ENG (KETUA MENTERI) PULAU PINANG. Telah sudi datang berbuka puasa bersama-sama penduduk-penduduk Tanjung Bunga dan ahli-ahli exco negeri,ahli-ahli majlis dan juga ahli-ahli jkkk dibeberapa tempat juga dijemput hadir untuk memeriahkan aturcara di bulan Ramadan.
Kita amat bangga dengan sikap YAB Ketua Menteri yang sangat prihatin terhadap sesuatu perayaan mana-mana kaum walaupun kaum Muslim berbuka puasa beliau sanggup meluangkan masa bersama rakyat.Syabas!
YB pun boleh sabar menunggu waktu berbuka.
Ahli Majlis Tuan Haji Halim memberi sedikit ucapan.
Saudara kita memberi ucapan "semua kaum boleh meraikan Ramadan" sekiranya kita boleh memahami budaya dan menghormati antara satu sama lain.
Sedikit gambar-gambar diupacara yang berlangsung di persekitaran Masjid Terapung Tanjung Bunga.








Wednesday, September 24, 2008

Pengusaha muda.

Saya terus berhenti apabila membaca banner yang terpampang ini untuk mengetahui lebih lanjut. Ia terletak bertentangan dengan Balai Bomba Telok Bahang.
Di sini ada menjual sayur-sayur segar yang dapat dibeli dengan harga lebih murah.
Ini lah kawasan yang di terokai oleh sekumpulan anak muda untuk bercucuk tanam, mengeluarkan hasil bumi dengan titik peluh sendiri dan dapat memasarkan dengan sendiri, kami akan mendapatkan keterangan lanjut daripada pengusaha ini sedikit hari lagi. Syabas !

Pasar Ramadan 2

Gerai Kebab.
Suasana petang @ Telok Bahang di bulan Ramadan.
Ikan Bakar pun ada,
Hampir habis jualan, lain kali mai awal.
Nasi ayam, laksa dan ais kacang ada jual disini.
Ais kacang.
Ha...ha.. udang kepal pun ada boleh juga buat cucur, sedap tu...
Ayam bakar, hari-hari laris, alhamdullilah.
Shawarma, satu lagi jenis kebab.
Gerai Nasi Dagang,laksam dan kueh dari rasa kelate'..cubalah sekali.
Satu lagi pemandangan di Pasar Ramadan.
Air....air.....mai cepat dah nak habis ni.
Murtabak Non.
Roti sorai di buat oleh Oji, mai-mai cepat lambat tak dapat.
Ayoyo....karawale.......Nasi kandar punya pukulan di Khaleel Restoran.

Tinggal 6 hari lagi untuk menyambut Hari Raya.

Dari ahli JKKK SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.

Tuesday, September 23, 2008

Pasar Ramadan Telok Bahang

Tinggal 7 hari atau seminggu lagi ramadan akan berakhir dan jika umur panjang di izin kan Allah dapatlah kita menyambutnya lagi tahun hadapan dan harap puasa kita tahun ini dapat dijalankan dengan sabar dan bertakwa, masih ada lagi seminggu untuk kita menghayati ramadan dengan lebih penuh kebaikan mengharapkan keredhaan Allah SWT.Amin
Ramadan datang dan pergi, dan bagi kita janganlah mengharap dapat menunaikan ibadah puasa untuk tahun depan, anggaplah ini Ramadan yang terakhir untuk kita, semuga dapatlah kita menjalan kan ibadah puasa yang mulia ini denggan bersungguh-sungguh dan lebih bertakwa.Dan jika di izin kan Allah jumpa lagi di Ramadan tahun hadapan. Insyaallah.
Masjid Jamek Telok Bahang.
Reseki ada di mana-mana, usaha itu penting.
Minggu yang terakhir untuk kita berpuasa.
Nasi Kandaq pun ada.
Mai-mai macam-macam kueh ada , cucoq pun ada.
Nasi Kandaq! Macam-macam lauk ada.
Pak Dollah menjual buah-buahan, juadah untuk berbuka puasa lebihkan buah-buahan ketika berbuka.
Pak Dollah digerai usang, harap jkkk dapatlah membantu beliau dari segi baik-pulih dan lebih teratur dan juga kebersihan.
Satay ! Satay! Satay! kegemaran ramai.
Adik kita sedang sibuk melariskan satay demi menambahkan pendapatan untuk digunakan pada Hari Raya nanti. Syabas,
Disini ada cucoq, fishball dan banyak lagi.
Tua muda semua datang. Berbelanjalah dengan bijak.
Apa nak beli ni.....! kali ni kurang peniaga laa...tak pah tahun depan aku juga nak berniaga.
Di sini lah venue Pasar Ramadan iaitu di kawasan rumah pangsa Telok Bahang setiap kali Ramadan mungkin jkkk boleh usahakan ditempat lain yang lebih sesuai dan teratur.
SELAMAT BERBUKA PUASA.

Monday, September 22, 2008

Bersahur dan Berbuka Puasa di Telok Bahang

Setia menanti, menunggu pelanggan datang untuk bersahur.
Salah satu kedai runcit yang terdapat di Telok Bahang yang beroperasi di tengah malam dan awal pagi,peniaga Ah Pong melayan salah seorang ajk kampung."Bagi satu garam gunung".
Siapa yang tak kenal mamak jegeh," Seven Eleven Telok Bahang" masih ada pelangan walaupun lewat malam.
Selepas Tarawikh ramai jemaah datang untuk minum kopi disini.
Awal petang tadi peniaga sudah bersedia untuk urusan dengan juadah berbuka puasa di tapak pasar malam dan diharap ahli jkkk datang untuk membantu peniaga-peniaga di sini dari aspek kebersihan,masalah peniaga,cadangan-cadangan dan juga dari segi kutipan yuran tapak untuk di isikan ke dalam tabung jkkk untuk digunakan sebaik mungkin.
Respon yang baik untuk peniaga.
Masing-masing sibuk mencari makanan dan minuman untuk di bawa pulang untuk berbuka puasa sebentar lagi,ramai yang tertumpu di sini kerana setiap hari Isnin pasar Ramadan di kawasan Flet tidak dibuka sepenuhnya dan mungkin inilah tempat yang sesuai dan selesa jika peniaga pasar Ramadan dapat beroperasi di sini.
Semuga peniaga dan pelangan mendapat menafaat apabila berkumpul di satu tempat yang lebih selamat dari kenderaan apabila kawasan pasar Telok Bahang di jadikan tempat berniaga Pasar Malam.Salam dari semua ahli JKKK " selamat berbuka puasa".