Sebuah kampung nelayan yang perlu di bela untuk generasi akan datang.
Thursday, September 25, 2008
Berbuka bersama Ketua Menteri di Masjid Terapung Tanjung Bunga.
Khamis 25 September 2008-YAB TUAN LIM GUAN ENG (KETUA MENTERI) PULAU PINANG. Telah sudi datang berbuka puasa bersama-sama penduduk-penduduk Tanjung Bunga dan ahli-ahli exco negeri,ahli-ahli majlis dan juga ahli-ahli jkkk dibeberapa tempat juga dijemput hadir untuk memeriahkan aturcara di bulan Ramadan. Kita amat bangga dengan sikap YAB Ketua Menteri yang sangat prihatin terhadap sesuatu perayaan mana-mana kaum walaupun kaum Muslim berbuka puasa beliau sanggup meluangkan masa bersama rakyat.Syabas! YB pun boleh sabar menunggu waktu berbuka. Ahli Majlis Tuan Haji Halim memberi sedikit ucapan. Saudara kita memberi ucapan "semua kaum boleh meraikan Ramadan" sekiranya kita boleh memahami budaya dan menghormati antara satu sama lain. Sedikit gambar-gambar diupacara yang berlangsung di persekitaran Masjid Terapung Tanjung Bunga.
Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli JKKKN untuk menyumbangkan usaha dan tenaga untuk aktiviti-aktiviti yang membantu penduduk-penduduk yang memerlukan pertolongan.
No comments:
Post a Comment