Friday, September 19, 2008

Selamat Datang ke laman web jkkk baru Telok Bahang.


Selamat datang ! Terima Kasih kerana mengunjungi, ini adalah laman web jkkk baru Telok Bahang dimana kami akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di kawasan kami iaitu kawasan Telok Bahang dan Balik Pulau.
Laman ini adalah dikelolakan oleh ahli-ahli JawatanKuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Pengunjung-pengunjung juga boleh meninggalkan komen-komen untuk di kongsi bersama-sama demi kemakmuran dan kesejahteraan.

Tujuan portal ini diadakan juga akan memaparkan perkembangan dipersekitaran Telok Bahang yang terkenal dengan tempat pelancungan. Maklumat tentang tempat kami akan di bentangkan dalam laman ini untuk tatapan pengunjung dari hari ke hari, semuga anda mendapat menafaat dari laman web kami ini, insyaallah.

Dan yang paling penting adalah kebajikan penduduk-penduduk yang kami mahu mereka mendapat faedah dari kehidupan seharian dan kalau diperhatikan gambar sebelah ini, ini adalah sebuah pasar rakyat Telok Bahang, kalau di renungi lebih mendalam gambar ini memberikan seribu satu makna betapa pentingnya pasar demi kehidupan kita semua. Apa akan terjadi kalau kita ke pasar atau dalam bahasa orang Penang.."market" kita dapati harga makanan hampir kesemuanya mahal-mahal belaka? Renung-renungkan lah.........

1 comment:

MaMa MoDeN said...

salam tahniah kpd seluruh ajk JKKK tlk bahang dibawah pimpinan pakatan rakyat. maaflah saya baru tau ada web ni. wah nampaknya tlk bahang dah maju setapak. diharap gerak kerja yg dilakukan meliputi semua pihak. kepimpinan disemua peringkat haruslah menunjuk contoh tauladan yg baik kpd masyarakat. INGAT! nak mpertahankan kemenangan lebih susah dr menuju kemenangan. masyarakat memerhati stiap perilaku pimpinan. tapi hakikatnya kalian lebih beruntung bekerja dlm parti mahupun masyarakat setelah menang berbanding saya dahulu bekerja waktu kemenangan belum belum dlm genggaman. tahniah pd semua peringkat. p/s harap PAS tlk bahang dpt mperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan sesuai dgn perjuangan PAS for All....