Monday, September 14, 2009

Pemberian Zakat di Madrasah Tamil Muslim Telok Bahang






Untuk kali ketiga Madrasah Tamil Muslim Telok Bahang memberikan Zakat kepada fakir miskin dam juga memberi derma kepada 20 orang bukan Muslim(untuk pertama kali).
Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Halim Hussain merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.Juga dijemput ialah Ahli Parlimen Balik Pulau YB Yusmadi Yussuf.
Antara yang hadir ialah Penghulu Mukim Sdfr. Razali,Penghulu Telok Bahang Sdr. Mohamad Amin Nordin selaku Pengerusi JKKK Telok Bahang dan ahli-ahli JKKK Telok Bahang.
Para hadirin yang hadir juga membuka puasa di situ yang mana juadah berbuka disediakan oleh Khalil Restoran Telok Bahang.
Majlis dipegerusikan oleh Sdr. Munawir selaku Pengerusi Madrasah Tamil Muslim Telok Bahang.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Madrasah Tamil Muslim kerana sudi memberikan zakat kepada 80 orang fakir Muslim dan derma kepada 20 orang bukan Muslim,semuga berkat yang diusahakan oleh Persatuan ini mendapat rahmat berlipat ganda ganjarannya oleh Allah SWT.-Amin.

Wednesday, June 3, 2009

PENANTI N12 Here We Comes!!


Gambar-gambar slide di Padang Ibu dan Mengkuang Titi kawasan Penanti.
Sebelum kami bertugas di Mengkuang Titi kami telah melawat Padang Ibu yang Jentera Parti telah memberikan tanggungjawab dan kepercayaan petugas-petugas dari Rasah, Negeri Sembilan.Mereka telah menjalankan tugas dengan baik sekali.Kami JKKK Telok Bahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi menjayakan tugasan penting di Pilihanraya Penanti N12.SYABAS!

YB Yusmadi Yusuff

 

YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau tak lupa juga mengunjungi tempat kami di Mengkuang Titi bersebelahan Sekolah Kebangsaan Mengkuang.Tempat ni "special" ada minuman oren dan grape.Tempat lain mana ada!Terima Kasih kepada YB Halim Hussain yang 'sponsor'.
Posted by Picasa

Mengkuang Titi

 

Penduduk-penduduk Mengkuang Titi memberi kerjasama kepada petugas-petugas Telok Bahang bagi menjayakan pilihanraya Penanti N12.Walaupun pun kami mengalami kekurangan peralatan disini tapi dengan kehadiran penduduk-penduduk yang beramah mesra telah menjadikan tugasan kami begitu seronok.
Posted by Picasa

Monday, June 1, 2009

YB yang bertanggungjawab dan prihatin

 

Tuan speaker D.U.N. Pulau Pinang YB Halim Hussain begitu prihatin dan bertanggungjawab setelah mengetahui tiada siapa yang menjaga pondok panas Mengkuang Titi bersebelahan Sekolah Kebangansaan Mengkuang, dengan secepat kilat telah menghantar empat petugas dari Telok Bahang yang mewakili Balik Pulau untuk tugasan menyemak nama pengundi dikawasan Mengkuang Titi,setelah sampai disana kami amat berterima kasih kepada Saudara Haddi kerana sudi menyemak senarai penggundi dengan menggunakan telefon bimbit sendiri sebelum kami datang membawa komputer riba persendirian kepunyaan YB Halim Hussain.Hendak Seribu Daya tak mau Seribu Dalih!Syabas untuk semua yang terlibat.
Posted by Picasa

Mansor Othman Menang Berganda

 

Tahniah di ucapkan kepada Dr. Mansor Othman kerana memenangi pilihanraya DUN Penanti dengan majoriti 5,558 daripada 6,052 undi keseluruhan.Ini adalah satu kejayaan untuk Pulau Pinang dan penduduk Penanti.
Manakala untuk calon penanti ketiga-tiga calon telah kehilangan deposit RM5,000.
Apa yang dapat kita simpulkan disini ialah penduduk Penanti tetap memilih parti Pakatan Rakyat walau apa pun terjadi disana.
Setelah mencapai kejayaan besar di Penanti Dr. Mansor juga mendapat jawatan yang besar sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng sejurus kemenangan tersebut.
JKKK Telok Bahang mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Mansor Othman dan berharap beliau dapat memberi kemajuan dan perubahan di kawasan Penanti dan penduduk-penduduk Pulau Pinang.
Posted by Picasa

Tuesday, May 19, 2009

Pendaftaran Warga Mas 2009 Telok Bahang

Pendaftar-Pendaftar yang Membantu Pada Program Warga Mas.

Beramah Mesra dengan warga mas

 

YB Halim sempat beramah mesra dengan Warga Mas yang datang ke program yang julung kali diadakan di Telok Bahang.
Posted by Picasa

Pembantu YB Yusmadi Yusuff

 

Datang membantu ialah Khairul Anuar Setiausaha Angkatan Muda kepada Ahli Parlimen Balik Pulau YB Yusmadi Yusuff.Beliau mewakili YB Yusmadi Yusuff yang berada di Kuala Lumpur.
Posted by Picasa

Warga Mas yang perlu dibela.

 

Sebahagian warga mas yang sedang mendengar taklimat yang di sampaikan oleh YB Halim Hussain.
Posted by Picasa

Ketua Kampung

 

Mohamad Amin Nordin selaku ketua kampung memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan program tersebut.
Posted by Picasa

YB Halim Hussain Memberikan Taklimat

 

Tuan Speaker DUN Pulau Pinang YB Halim Hussain menerangkan program kerajaan negeri pada warga Mas yang datang mendaftar pada hari tersebut,beliau juga dibantu oleh JKKK Telok Bahang yang dipengerusikan oleh Nasaruddin Sultan.Juga hadir ialah pengerusi JKKK Telok Bahang Mohamad Amin Nordin.
Posted by Picasa

Program Pendaftaran Warga Mas Telok Bahang

 

Satu program Pendaftaran Warga Mas anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara besar-besaran telah diadakan di Bangunan MPPP Telok Bahang dengan jayanya pada sabtu 9hb Mei 2009 pada jam 9.00pagi hingga 3.00petang.Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Halim Hussain dan juga memberi taklimat kepada hampir 500 orang warga mas yang datang mendaftar.
Posted by Picasa

Saturday, April 25, 2009

Upacara Angkat Sumpah Rahsia dan Menandatangani Akuan Simpan Rahsia SUK Negeri Pulau Pinang

http://galeri.penang.gov.my/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=21&Itemid=32

Sunday, April 19, 2009

Penang International Dragon Boat Festival (PIDBF) International Forum, 22nd May 2009

I would like to wish a big thank you to Mr Zhou Li Wei , Mr Ho Lun Fai and Mr Tang Tak Seng because they have flown to Penang from Macau just to be here in Penang to jointly conduct the PIDBF Technical Forum with PIDBF on 12th April 2009.

For your information, PIDBF will be organising another interesting forum on 22nd May which is opened to the team managers as well as representatives from all dragon boat associations. We have invited distinguished guest speakers from the International Dragon Boat Federation who are; Executive President, Mr Mike Haslam and the Chair Holder of the Competition & Technical Commission, Mr Mike Thomas, to share with us on the “Past and Future Development of Dragon Boat Racing as a Modern Sport.” Don't miss the opportunity to participate in this international forum as seats are limited therefore we encourage those interested to attend this international forum to register early. Closing date for registrations will be on 30th April.


Read more...

 blog it

Tuesday, March 24, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM PARTI KEADILAN RAKYAT PULAU PINANG






Bertempat di Hotel Equatorial.Matahari Ballroom,Bukit Jambul,Pulau pinang.Majlis makan malam bagi mengutip dana parti PKR telah berjaya dikumpulkan sebanyak RM500,000 malam ini.Satu kejayaan besar telah dicapai walaupun keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan akhir-akhir ini.Banyak penderma-penderma telah menderma kepada Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang sekali gus telah memberi kepercayaan kepada Parti dan Pakatan Rakyat yang memerintah di Pulau Pinang.
Di Pengerusikan oleh Dr Mansor Othman selaku Pengerusi Majlis Makan malam membuka tirai ucapan aluan.
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang YB Dato' Zahrain Mohamad Hashim turut memberikan kata-kata semangat untuk para hadirin yang terdiri dari wakil-wakil bahagian seluruh Negeri Pulau Pinang.
Seramai 1,300 peserta terpilih telah memenuhi Dewan Matahari di Hotel Equatorial,Bukit Jambul, Pulau Pinang bersama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng.
Ketua Menteri juga berucap tentang ekonomi negara.Para hadirin juga dihiburkan oleh Persembahan Komidi yang dibawa khas dari Kuala Lumpur iaitu persembahan dari www.comedycourt.com,komedi yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat politik negara.
Ketua Umum PKR Malaysia YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim adalah jemputan Khas yang dinanti-nantikan oleh para hadirin sekelian turut berucap di Majlis tersebut dan beliau baru tiba dari London dan memberikan ucapan yang amat bermakna untuk para hadirin dan hadirat sekelian.
Tidak lupa juga disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih khas untuk Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Tuan Haji Halim Hussain kerana sudi menjemput kami kemajlis makan malam Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Perayaan Tahunan Kaum India di Telok Bahang






Acara tahunan Kaum India di Tokong Hindu Telok Bahang di tepi pantai Telok Bahang atau dikenali sebagai Floating Temple telah diadakan baru-baru ini dan telah disertai puluhan ribu orang kaum India dari serata tempat di seluruh Malaysia dianggarkan sebanyak 35,000-40,000 orang telah mengunjungi acara sembahyang Tokong Hindu itu.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 11 YB Ramasamy.Gambar-gambar akan disiarkan pada masa akan datang.

PKR Telok Bahang Chinese New Year Dinner





Kaum cina Telok Bahang telah mengadakan jamuan makan malam sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini dan telah menjemput ahli-ahli PKR Telok bahang meraikan bersama-sama.Bertempat di Tai Tong Restaurant Telok Bahang. Saudara Ah Kiang,Ang Ku, Ah Huat dan lain -lain telah menyediakan makanan laut,seperti Udang Besar,Ikan Bawal,siput dan banyak lagi tak lupa Mandarin Orange.
Turut hadir Pengerusi PKR Telok Bahang Sdr. Razali, Timb. PKR Sdr. Hasni,Ketua Pemuda Sdr. Samad Ketua kaum India Sdr. Arunasalam dan S/U PKR Sdr. Jebat dan ahli-ahli yang lain.Kepada Ah KIang dan rakan-rakan kami ucapkan Selamat Tahun Baru Cina semuga persahabatan kita menjadi lebih kukuh dan terima kasih atas jemputan.

Sunday, March 1, 2009

2009 Dragon Boat Festival in Penang

 

May 23rd ~ 24th 2009

Dragon boat festival is one of our Penang State signature event. It is among the fastest growing water sports in this region. Dragon Boat festival has become a very popular corporate and charitable sport, during which friendship, strength and endurance are developed among the participants.

We believe in promoting Dragon Boat as a sports activitiies, we could introduce our culture and heritage to our local Penangites as well as foreign participants.


Read more...

 blog it

KALENDER AKTIVITI 2

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
clipped from www.penang.gov.my

Acara : 

Battle of The Chef

Tarikh Mula : 

13.03.2009 - Jum

Tarikh Tamat : 

15.03.2009 - Ahad

Masa : 

-

Tempat : 

Penang International Sports Arena (PISA) - ARENA

Acara : 

MyMex 2009

Tarikh Mula : 

06.03.2009 - Jum

Tarikh Tamat : 

08.03.2009 - Ahad

Masa : 

-

Tempat : 

Penang International Sports Arena (PISA) - ARENA & CONCOURSE

Acara : 

The Star Education Fair


Tarikh Mula : 

28.02.2009 - Sab


Tarikh Tamat : 

01.03.2009 - Ahad


Masa : 

11:00 am
- 07:00 pm


Tempat : 

Penang International Sports Arena (PISA) - ARENA & CONCOURSE
 blog it

KALENDER AKTIVITI

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
clipped from www.penang.gov.my

Acara : 

Penang International Property Expo 2009

Tarikh Mula : 

27.03.2009 - Jum

Tarikh Tamat : 

29.03.2009 - Ahad

Masa : 

11:00 am
- 09:00 pm

Tempat : 

Penang International Sports Arena (PISA) - ARENA

Acara : 

Penang Home and Interior Design Expo

Tarikh Mula : 

27.03.2009 - Jum

Tarikh Tamat : 

29.03.2009 - Ahad

Masa : 

11:00 am
- 09:00 pm

Tempat : 

Penang International Sports Arena (PISA) - 1/2 CONCOURSE

Acara : 

Career Expo

Tarikh Mula : 

27.03.2009 - Jum

Tarikh Tamat : 

29.03.2009 - Ahad

Masa : 

11:00 am
- 09:00 pm

Tempat : 

Penang International Sports Arena (PISA) - 1/2 CONCOURSE

Acara : 

IEX 2009 & IBS 2009

Tarikh Mula : 

20.03.2009 - Jum

Tarikh Tamat : 

22.03.2009 - Ahad

Masa : 

-

Tempat : 

Penang International Sports Arena (PISA) - ARENA & 1/2 CONCOURSE

Acara : 

I Foodex 2009 (Halal Edition)


Tarikh Mula : 

13.03.2009 - Jum


Tarikh Tamat : 

15.03.2009 - Ahad


Masa : 

-


Tempat : 

Penang International Sports Arena (PISA) - CONCOURSE
 blog it