Wednesday, June 3, 2009

PENANTI N12 Here We Comes!!


Gambar-gambar slide di Padang Ibu dan Mengkuang Titi kawasan Penanti.
Sebelum kami bertugas di Mengkuang Titi kami telah melawat Padang Ibu yang Jentera Parti telah memberikan tanggungjawab dan kepercayaan petugas-petugas dari Rasah, Negeri Sembilan.Mereka telah menjalankan tugas dengan baik sekali.Kami JKKK Telok Bahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi menjayakan tugasan penting di Pilihanraya Penanti N12.SYABAS!

YB Yusmadi Yusuff

 

YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau tak lupa juga mengunjungi tempat kami di Mengkuang Titi bersebelahan Sekolah Kebangsaan Mengkuang.Tempat ni "special" ada minuman oren dan grape.Tempat lain mana ada!Terima Kasih kepada YB Halim Hussain yang 'sponsor'.
Posted by Picasa

Mengkuang Titi

 

Penduduk-penduduk Mengkuang Titi memberi kerjasama kepada petugas-petugas Telok Bahang bagi menjayakan pilihanraya Penanti N12.Walaupun pun kami mengalami kekurangan peralatan disini tapi dengan kehadiran penduduk-penduduk yang beramah mesra telah menjadikan tugasan kami begitu seronok.
Posted by Picasa

Monday, June 1, 2009

YB yang bertanggungjawab dan prihatin

 

Tuan speaker D.U.N. Pulau Pinang YB Halim Hussain begitu prihatin dan bertanggungjawab setelah mengetahui tiada siapa yang menjaga pondok panas Mengkuang Titi bersebelahan Sekolah Kebangansaan Mengkuang, dengan secepat kilat telah menghantar empat petugas dari Telok Bahang yang mewakili Balik Pulau untuk tugasan menyemak nama pengundi dikawasan Mengkuang Titi,setelah sampai disana kami amat berterima kasih kepada Saudara Haddi kerana sudi menyemak senarai penggundi dengan menggunakan telefon bimbit sendiri sebelum kami datang membawa komputer riba persendirian kepunyaan YB Halim Hussain.Hendak Seribu Daya tak mau Seribu Dalih!Syabas untuk semua yang terlibat.
Posted by Picasa

Mansor Othman Menang Berganda

 

Tahniah di ucapkan kepada Dr. Mansor Othman kerana memenangi pilihanraya DUN Penanti dengan majoriti 5,558 daripada 6,052 undi keseluruhan.Ini adalah satu kejayaan untuk Pulau Pinang dan penduduk Penanti.
Manakala untuk calon penanti ketiga-tiga calon telah kehilangan deposit RM5,000.
Apa yang dapat kita simpulkan disini ialah penduduk Penanti tetap memilih parti Pakatan Rakyat walau apa pun terjadi disana.
Setelah mencapai kejayaan besar di Penanti Dr. Mansor juga mendapat jawatan yang besar sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng sejurus kemenangan tersebut.
JKKK Telok Bahang mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Mansor Othman dan berharap beliau dapat memberi kemajuan dan perubahan di kawasan Penanti dan penduduk-penduduk Pulau Pinang.
Posted by Picasa