Monday, September 22, 2008

Bersahur dan Berbuka Puasa di Telok Bahang

Setia menanti, menunggu pelanggan datang untuk bersahur.
Salah satu kedai runcit yang terdapat di Telok Bahang yang beroperasi di tengah malam dan awal pagi,peniaga Ah Pong melayan salah seorang ajk kampung."Bagi satu garam gunung".
Siapa yang tak kenal mamak jegeh," Seven Eleven Telok Bahang" masih ada pelangan walaupun lewat malam.
Selepas Tarawikh ramai jemaah datang untuk minum kopi disini.
Awal petang tadi peniaga sudah bersedia untuk urusan dengan juadah berbuka puasa di tapak pasar malam dan diharap ahli jkkk datang untuk membantu peniaga-peniaga di sini dari aspek kebersihan,masalah peniaga,cadangan-cadangan dan juga dari segi kutipan yuran tapak untuk di isikan ke dalam tabung jkkk untuk digunakan sebaik mungkin.
Respon yang baik untuk peniaga.
Masing-masing sibuk mencari makanan dan minuman untuk di bawa pulang untuk berbuka puasa sebentar lagi,ramai yang tertumpu di sini kerana setiap hari Isnin pasar Ramadan di kawasan Flet tidak dibuka sepenuhnya dan mungkin inilah tempat yang sesuai dan selesa jika peniaga pasar Ramadan dapat beroperasi di sini.
Semuga peniaga dan pelangan mendapat menafaat apabila berkumpul di satu tempat yang lebih selamat dari kenderaan apabila kawasan pasar Telok Bahang di jadikan tempat berniaga Pasar Malam.Salam dari semua ahli JKKK " selamat berbuka puasa".

No comments: