Monday, September 14, 2009

Pemberian Zakat di Madrasah Tamil Muslim Telok Bahang






Untuk kali ketiga Madrasah Tamil Muslim Telok Bahang memberikan Zakat kepada fakir miskin dam juga memberi derma kepada 20 orang bukan Muslim(untuk pertama kali).
Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Halim Hussain merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.Juga dijemput ialah Ahli Parlimen Balik Pulau YB Yusmadi Yussuf.
Antara yang hadir ialah Penghulu Mukim Sdfr. Razali,Penghulu Telok Bahang Sdr. Mohamad Amin Nordin selaku Pengerusi JKKK Telok Bahang dan ahli-ahli JKKK Telok Bahang.
Para hadirin yang hadir juga membuka puasa di situ yang mana juadah berbuka disediakan oleh Khalil Restoran Telok Bahang.
Majlis dipegerusikan oleh Sdr. Munawir selaku Pengerusi Madrasah Tamil Muslim Telok Bahang.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Madrasah Tamil Muslim kerana sudi memberikan zakat kepada 80 orang fakir Muslim dan derma kepada 20 orang bukan Muslim,semuga berkat yang diusahakan oleh Persatuan ini mendapat rahmat berlipat ganda ganjarannya oleh Allah SWT.-Amin.

No comments: