Tuesday, March 24, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM PARTI KEADILAN RAKYAT PULAU PINANG






Bertempat di Hotel Equatorial.Matahari Ballroom,Bukit Jambul,Pulau pinang.Majlis makan malam bagi mengutip dana parti PKR telah berjaya dikumpulkan sebanyak RM500,000 malam ini.Satu kejayaan besar telah dicapai walaupun keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan akhir-akhir ini.Banyak penderma-penderma telah menderma kepada Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang sekali gus telah memberi kepercayaan kepada Parti dan Pakatan Rakyat yang memerintah di Pulau Pinang.
Di Pengerusikan oleh Dr Mansor Othman selaku Pengerusi Majlis Makan malam membuka tirai ucapan aluan.
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang YB Dato' Zahrain Mohamad Hashim turut memberikan kata-kata semangat untuk para hadirin yang terdiri dari wakil-wakil bahagian seluruh Negeri Pulau Pinang.
Seramai 1,300 peserta terpilih telah memenuhi Dewan Matahari di Hotel Equatorial,Bukit Jambul, Pulau Pinang bersama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng.
Ketua Menteri juga berucap tentang ekonomi negara.Para hadirin juga dihiburkan oleh Persembahan Komidi yang dibawa khas dari Kuala Lumpur iaitu persembahan dari www.comedycourt.com,komedi yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat politik negara.
Ketua Umum PKR Malaysia YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim adalah jemputan Khas yang dinanti-nantikan oleh para hadirin sekelian turut berucap di Majlis tersebut dan beliau baru tiba dari London dan memberikan ucapan yang amat bermakna untuk para hadirin dan hadirat sekelian.
Tidak lupa juga disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih khas untuk Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Tuan Haji Halim Hussain kerana sudi menjemput kami kemajlis makan malam Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

No comments: