Friday, November 7, 2008

Bila Jebat dan Tuah Bertemu

 
Jumpa juga kita disini,dari kiri Jebat,Ah Huat, Tuah dan Hj. Roslan seronok membincangkan sesuatu.
Posted by Picasa

Bergambar bersama YB Phee Boon Poh

 

Dari Kiri Ah Huat dan jebat,( Ah Kiang tiada dalam gambar )dari JKKK Telok Bahang,YB Phee Boon Poh Pengerusi JawatanKuasa MMK Kesihatan,Kebajikan & Masyarakat Penyayang, Saudara Mohd. Tuah Ismail Pengerusi JKKK Titi Teras merangkap YDP JIM Barat Daya dan Saudara Haji Roslan Ramli ajk JKKK Sungai Rusa merangkap ajk JIM Barat Daya yang telah sudi menghadirkan diri untuk mendengar taklimat tersebut.
Posted by Picasa

Wakil JKKK Telok Bahang

 

 
Wakil daripada JKKK Telok Bahang jebat yang mewakili Pengerusi Mohd. Amin Noordin menanyakan beberapa soalan cepumas kepada YB Phee Boon Poh megenai bantuan banjir di Telok Bahang.
Posted by Picasa

Mendengar Soalan

 

 

 

ADUN Dato Keramat YB Jagdip Singh melemparkan beberapa soalan kepada pihak JKM tentang banjir yang melanda kawasan beliau dan mengharap pendekatan yang baik dilaksanakan dari pihak JKM.
Posted by Picasa

Mendengar Taklimat

 

 

 

 

Sebahagian daripada peserta yang menghadiri taklimat tersebut datang dari seluruh Negeri Pulau Pinang baik dari Pulau juga dari Seberang Perai dan di sertai oleh pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diketuai oleh Timbalan Pengarah 1 JKM Tuan Shabalah Zainol Abidin
Posted by Picasa

Perjumpaan Penyelarasan dan Pemantauan Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Pulau Pinang

 

KOMTAR-7hb November 2008-Jumaat- Lebih kurang 300 orang ahli JKKK, ahli Parlimen,YB ADUN, Dato'-Dato'telah menghadiri Taklimat Perjumpaan Penyelarasan dan Pemantauan Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Pulau Pinang yang di pengerusikan oleh YB Phee Boon Poh,juga hadir sama ialah Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng,Timbalan KM 1 YB Fairuz Khairuddin,Timbalan Pengarah 1 Shabalah Zainol Abidin.
Ketua Menteri menyarankan untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negeri Pulau Pinang dan menjadikan ianya satu realiti.Seramai 324 kalangan fakir miskin tegar di negeri ini tetapi Ketua Menteri kurang percaya kerana bilangan tersebut tidak tepat dan mengharapkan semua pihak dapat membantu mengenal pasti dan tidak terlepas pandang.
Katanya ada dua kategori seramai 123 kalangan adalah yang produktif dan selebihnya adalah kalangan yang tidak produktif.
Beliau mahu memastikan rekod yang betul diambil ketika bancian dibuat dan paras kemiskinan tegar adalah dibawah pendapatan RM400.00 seisi keluarga sebulan.Kita harus membatalkan mereka yang tidak layak menerima bantuan baik dari JKM ataupun dari Pusat Urus Zakat.Dan apabila kita mengambil maklumat dan data-data tersebut mestilah dirahsiakan dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengekploitasikan keadaan.
Akhir sekali beliau juga menyarankan agar kita harus memberi bantuan yang sewajarnya bak memberi ikan ,kita juga memberi jala supaya ianya berjalan serentak barulah itu dikatakan memberi bantuan yang sempurna.
Posted by Picasa

Saturday, November 1, 2008

Ada Lagi Gambar Kenangan

 

 

 
Posted by Picasa

Terima Kasih J I M

 

 

 

 

Kami JKKK Telok Bahang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Keluarga pada seluruh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)dan keluarga mereka kerana sudi menjemput kami ke majlis yang sungguh istimewa dan semuga kita sekalian mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita semua.Terima Kasih hingga ketemu lagi.Wassalam.
Posted by Picasa

Ada Lagi Gambar

 

 

 

 
Posted by Picasa

Kenangan lagi.......

 

 

 

 
Posted by Picasa

Hadiah untuk kanak-kanak

 

 

 

 

Tuan Tuah sudi menyampaikan hadiah pada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan khas untuk mereka.
Posted by Picasa

Keluaran HPA dan Ayam Bakar

 

 

 

 

Produk kesihatan pun ada,kalau nak jadi pengedar produk Islam,boleh hubungi nombor tertera.
Posted by Picasa

Sepatah Dua Kata

 

 

 

 

Berucap sepatah dua,tapi cukup bernas, kami kusyuk mendengarnya......
Posted by Picasa