Wednesday, October 29, 2008

Jabatan Perangkaan Malaysia

 

 

Ini adalah salah seorang dari Jabatan Perangkaan Malaysia bertempat di Jalan Anson, Pulau Pinang.Tujuan beliau ialah mengambil seberapa data-data dari rumah ke rumah untuk dibuat analisa berkenaan inflasi,mereka akan bertanya tentang kadar sewa rumah kalau ada sewa itu naik atau pun turun dan mereka mempunyai rekod-rekod sebelumnya,mereka juga membuat survey di pasar-pasar basah tentang harga bahan-bahan kering dan bahan basah.Oleh itu jika terdapat orang-orang yang berkenaan yang datang melawat rumah anda atau premis perniagaan anda di harap di berikan kerja sama kepada mereka dan mereka membawa tag pengenalan diri bersama.
Gambar di atas En. Md. Sinar dari Jabatan Perangkaan Malaysia Jalan Anson bertemu ramah kepada salah seorang ahli JKKK Telok Bahang.Syabas JPM !
Posted by Picasa

Tuesday, October 28, 2008

Tanggung Jawab Bersama

 

 

 

 

Adalah menjadi tanggung jawab Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil tahu masalah rakyat yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, nasihat,kaunseling dan banyak lagi yang dapat dibantu , kita sebagai penduduk yang prihatin wajar memberikan kerjasama kepada mereka,walau payah sekali pun , mereka tetap akan datang membantu walau terpaksa berjalan keliling kampung dan penat berjalan tak menjadi hal, kelihatan En. Jamil dan En. Yazid mengambil keterangan dari penduduk yang dilapurkan oleh Ketua Biro JKM kawasan Telok Bahang,En. Jebat Ahmad dan penolongnya En. Zul Amin Noordin.Muafakat membawa Berkat.
Posted by Picasa

Bersama JKM

 

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Balik Pulau di Ketuai En. Nazir telah datang ke Telok Bahang meyampaikan sumbangan dan mengemaskini permohonan baru untuk penduduk-penduduk miskin kawasan Telok Bahang.
Posted by Picasa

Rezeki Jangan di Tolak, Maut Jangan di Cari

 

 

 

 

Inilah pepatah Melayu,kalau ada rezeki, jangan tolak , setelah penat menijau kawasan banjir dan berbincang untuk kesejahteraan kampung kami bersama YB Yusamadi, kami diajak makan kenduri kahwin,apa lagi sila lah,jangan malu dan segan. Kenduri kahwin di adakan di Bangunan MPPP Telok Bahang,dan kepada pasangan Murni Abd. Latif & Azrulazswad Abd. Haddi kami semua ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU semuga kekal keanak cucu.Terima Kasih.
Posted by Picasa

Singgah di Kenduri Kahwin

 

 

 

 

Sahabat kita dari PKR iaitu timbalan Pemuda Jan Faizal Aziz telah menjemput kami semua khasnya YB Yusmadi Yusoff makan kenduri di atas perkahwinan adiknya.
Posted by Picasa

Bangunan Kontroversi

 

 

Ini lah bangunan UMNO yang menjadi kontroversi antara jkkk baru dan jkkk lama,UMNO mahu pampasan RM00,000.00 dibayar atas pengambilalih bangunan tersebut dari pihak mereka.
Kami JKKK baru ingin mengunakan bangunan tersebut sebagai Dewan JKKK Telok Bahang dan masyarakat kampung dapat sama menikmati kegunaan bangunan tersebut.
Posted by Picasa

Puncak Bukit Taman Negara

 

 

Dari situ lah turunnya air hujan ke kawasan Flat Telok Bahang, Taman Negara Patutnya prihatin dengan memastikan air sungai dari atas bukit itu mengalir terus kelongkang yang di buat oleh pihak mereka dan membuat kajian susulan dari tindakkan mereka itu.
Posted by Picasa

Mengenal Pasti Punca Banjir di Telok Bahang

 

 

 

 

YB Yusmadi Yusoff bersama JKKK Telok Bahang membincang mengenai punca banjir di kawasan Telok Bahang, yang mana kita dapati Taman Negara Telok Bahang telah menghalang pengaliran air hujan dari kawasan rumah pangsa Telok Bahang dengan membina benteng lalu menutup longkang dari situ.
Walaupun Taman Negara Telok Bahang sangat indah dan ingin menjaga alam sekitar namun ia telah lupa bahwa ia telah memudaratkan kawasan persekitaran dengan air lumpur dari kawasan bukit di puncak bangunannya.
Bolehkah ini dipanggil menjaga alam sekitar?
Posted by Picasa

Sunday, October 26, 2008

Happy Deepavali


JKKK Telok Bahang mengucapkan Selamat Hari Deepavali Kepada semua penganut Hindu yang akan meraikan pada esok hari khasnya kepada Arunasalam a/l Karuppiah salah seorang ahli JKKK Telok Bahang.

Wednesday, October 22, 2008

Bersatu Kita Teguh Bercerai KIta Roboh !

 

Ini lah hasilnya jika kita dapat bergotong-royong dan bermuafakat. Lihatlah air hujan dapat mengalir terus dengan sempurna.
Posted by Picasa

Akhirnya Kami Berjaya !

 

 

 

 

Disebelah petang kami jkkk baru bersama pengerusi Mohd. Amin Noordin dan penduduk-penduduk kampung berjaya bergotong-royong untuk mendalamkan dan membersihkan longkang lama yang ditutup tanpa sebab itu sehingga ianya berfungsi seakan baru dibuat dan air dapat mengalir dan membantu air hujan berlebihan terus kelaut.Dan kami berterima kasih kepada penduduk-penduduk kampung kerana sudi membantu misi kami.Syabas dan Tahniah.
Posted by Picasa

Mengorek Kembali Longkang yang Ditutup beberapa Tahun yang Lalu

 

 

 

 

Di sebalah pagi ahli jkkk baru Ah Kiang, Aru dan Jebat membuat keputusan drastik untuk mengorek kembali longkang lama yang ditutup beberapa tahun yang lalu untuk memberikan laluan air hujan berlebihan ke longkang lama yang masih elok dan boleh diguna pakai.Ini adalah untuk menjimatkan kos membina longkang baru.Tidak dapat tahu mengapakah longkang yang masih elok itu di tutup.
Posted by Picasa

Ahli JKKK turun padang

 

 

 

 

Sekitar pukul 2.00pagi hingga pukul 6.00pagi sebahagian ahli jkkk telah membantu penduduk-penduduk yang memerlukan pertolongan memindahkan barang-barang berharga dan mencedok air keluar dari dalam rumah mangsa banjir kilat.
Terdapat juga peniaga motorsikal kerugian ribuan ringgit akibat barang-barang seperti perkakas elektrik dan juga motor-motor rosak dalam kejadian itu.
Didapati beberapa teping sungai mengalami keruntuhan akibat arus sungai yang sangat deras.
Posted by Picasa