Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts
Tuesday, October 14, 2008
Banjir Kilat di Telok Bahang
Kawasan Telok Bahang mengalami masalah peparitan, yang mana parit-parit lama yang kecil dan sempit perlulah di naik taraf sejajar dengan pendudukan pesat di kawasan yang kecil ini dan mengelakan dari banjir kilat berulang.
Saturday, October 11, 2008
Akibat dari hujan lebat.
Akibat dari air sungai penuh telah menyebabkan runtuhan teping sungai,dekat dengan rumah-rumah yang berada beberapa meter dari sungai dan sangat bahaya kepada nyawa dan harta benda dan ini disebabkan pengaliran air sungai yang sangat lambat di muara sungai dimana dua lubang dibawah titi perlulah diperbesarkan.
Masalah Sungai Yang Belum Selesai.
Kita perlukan pengubahsuaian atau pembesaran lubang sungai di bawah titi, dimana ketika hujan lebat, air sungai tidak dapat mengalir dengan cepat dan sempurna sebab dua lubang di bawah titi sungai terlalu kecil dan akibatnya banjir kilat berlaku setiap kali hujan lebat, dimana sepatutnya air hujan dari parit dan longkang akan melimpah keluar disebabkan sampah sarap menutup kedua lubang dibawah titi tersebut.
Saturday, September 20, 2008
JKM bersama JKKK dan Masyarakat Telok Bahang.
Cuaca cerah tapi air masih bertakong walaupun sudah 2 atau 3 hari selepas hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat di setengah kawasan telok Bahang pada 6-september 2008.Inilah akibatnya apabila parit tidak ada disetengah tempat yang pastinya akan membawa banjir kilat.
Ini bukan baru, dah lama dah............................tolong buatlah sesuatu.
Hari Jabatan Kebajikan Masyarakat meninjau dan mengambil tahu kesusahan penduduk apabila banjir kilat melanda kampung mereka.Ok kita isi borang dulu..........
JKM turun padang sesuatu yang cukup baik , sekurang-kurangnya mereka juga prihatin atas kesusahan penduduk,mereka mencatit masalah penduduk yang menjadi mangsa banjir. JKM diketuai oleh Puan wan Rosnah dan dua kakitangannya dari JKM daerah Balik Pulau dan beliau juga dibawa keliling kampung oleh Ketua JKKK Telok Bahang En.Amin Noordin dan ahli-ahli ajk jkkk.
Tempat disediakan oleh En. Arunasalam iaitu ketua kaum India PKR bertempat di markas PKR Telok Bahang dan terima kasih kepada En. Ah Kiang kerana sudi mengambil gambar untuk dijadikan kenangan bersama JKM Balik Pulau.
Kita tunggu dan lihat apa perkembangan dari pihak kerajaan pusat dan kita juga berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana sudi menghantar pihak JKM.
Subscribe to:
Posts (Atom)

