Friday, November 7, 2008

Perjumpaan Penyelarasan dan Pemantauan Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Pulau Pinang

 

KOMTAR-7hb November 2008-Jumaat- Lebih kurang 300 orang ahli JKKK, ahli Parlimen,YB ADUN, Dato'-Dato'telah menghadiri Taklimat Perjumpaan Penyelarasan dan Pemantauan Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Pulau Pinang yang di pengerusikan oleh YB Phee Boon Poh,juga hadir sama ialah Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng,Timbalan KM 1 YB Fairuz Khairuddin,Timbalan Pengarah 1 Shabalah Zainol Abidin.
Ketua Menteri menyarankan untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negeri Pulau Pinang dan menjadikan ianya satu realiti.Seramai 324 kalangan fakir miskin tegar di negeri ini tetapi Ketua Menteri kurang percaya kerana bilangan tersebut tidak tepat dan mengharapkan semua pihak dapat membantu mengenal pasti dan tidak terlepas pandang.
Katanya ada dua kategori seramai 123 kalangan adalah yang produktif dan selebihnya adalah kalangan yang tidak produktif.
Beliau mahu memastikan rekod yang betul diambil ketika bancian dibuat dan paras kemiskinan tegar adalah dibawah pendapatan RM400.00 seisi keluarga sebulan.Kita harus membatalkan mereka yang tidak layak menerima bantuan baik dari JKM ataupun dari Pusat Urus Zakat.Dan apabila kita mengambil maklumat dan data-data tersebut mestilah dirahsiakan dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengekploitasikan keadaan.
Akhir sekali beliau juga menyarankan agar kita harus memberi bantuan yang sewajarnya bak memberi ikan ,kita juga memberi jala supaya ianya berjalan serentak barulah itu dikatakan memberi bantuan yang sempurna.
Posted by Picasa

No comments: