Tuesday, March 24, 2009
MAJLIS MAKAN MALAM PARTI KEADILAN RAKYAT PULAU PINANG
Bertempat di Hotel Equatorial.Matahari Ballroom,Bukit Jambul,Pulau pinang.Majlis makan malam bagi mengutip dana parti PKR telah berjaya dikumpulkan sebanyak RM500,000 malam ini.Satu kejayaan besar telah dicapai walaupun keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan akhir-akhir ini.Banyak penderma-penderma telah menderma kepada Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang sekali gus telah memberi kepercayaan kepada Parti dan Pakatan Rakyat yang memerintah di Pulau Pinang.
Di Pengerusikan oleh Dr Mansor Othman selaku Pengerusi Majlis Makan malam membuka tirai ucapan aluan.
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang YB Dato' Zahrain Mohamad Hashim turut memberikan kata-kata semangat untuk para hadirin yang terdiri dari wakil-wakil bahagian seluruh Negeri Pulau Pinang.
Seramai 1,300 peserta terpilih telah memenuhi Dewan Matahari di Hotel Equatorial,Bukit Jambul, Pulau Pinang bersama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng.
Ketua Menteri juga berucap tentang ekonomi negara.Para hadirin juga dihiburkan oleh Persembahan Komidi yang dibawa khas dari Kuala Lumpur iaitu persembahan dari www.comedycourt.com,komedi yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat politik negara.
Ketua Umum PKR Malaysia YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim adalah jemputan Khas yang dinanti-nantikan oleh para hadirin sekelian turut berucap di Majlis tersebut dan beliau baru tiba dari London dan memberikan ucapan yang amat bermakna untuk para hadirin dan hadirat sekelian.
Tidak lupa juga disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih khas untuk Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Tuan Haji Halim Hussain kerana sudi menjemput kami kemajlis makan malam Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang.
Perayaan Tahunan Kaum India di Telok Bahang
Acara tahunan Kaum India di Tokong Hindu Telok Bahang di tepi pantai Telok Bahang atau dikenali sebagai Floating Temple telah diadakan baru-baru ini dan telah disertai puluhan ribu orang kaum India dari serata tempat di seluruh Malaysia dianggarkan sebanyak 35,000-40,000 orang telah mengunjungi acara sembahyang Tokong Hindu itu.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 11 YB Ramasamy.Gambar-gambar akan disiarkan pada masa akan datang.
PKR Telok Bahang Chinese New Year Dinner
Kaum cina Telok Bahang telah mengadakan jamuan makan malam sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini dan telah menjemput ahli-ahli PKR Telok bahang meraikan bersama-sama.Bertempat di Tai Tong Restaurant Telok Bahang. Saudara Ah Kiang,Ang Ku, Ah Huat dan lain -lain telah menyediakan makanan laut,seperti Udang Besar,Ikan Bawal,siput dan banyak lagi tak lupa Mandarin Orange.
Turut hadir Pengerusi PKR Telok Bahang Sdr. Razali, Timb. PKR Sdr. Hasni,Ketua Pemuda Sdr. Samad Ketua kaum India Sdr. Arunasalam dan S/U PKR Sdr. Jebat dan ahli-ahli yang lain.Kepada Ah KIang dan rakan-rakan kami ucapkan Selamat Tahun Baru Cina semuga persahabatan kita menjadi lebih kukuh dan terima kasih atas jemputan.
Sunday, March 1, 2009
2009 Dragon Boat Festival in Penang
clipped from www.visitpenang.gov.my
|
KALENDER AKTIVITI 2
KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
clipped from www.penang.gov.my
|
KALENDER AKTIVITI
KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
clipped from www.penang.gov.my
|
Subscribe to:
Posts (Atom)